OIC Countries

OIC Countries

Sunday, May 22, 2011

Imam di Seluruh Dunia

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak menulis dalam blog ni, dpat juga luangkan sket masa time cuti sem ni, lama jgak cuti, 4 bln, cuti sem Master. Sekarang tgh wat Master kt uiTM Shah Alam, Statistik Gunaan. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan utk sambung belajar, utk tambah lagi ilmu dan kepakaran dalam bidang statistik. Hm, so merujuk kpd tajuk post ni, aku ada terpikir baru2 ni yang kita sbg masyarakat Islam di Malaysia mungkin terlepas pandang kpd tanggungjawab sbg seorg imam. Apa yg kita terbayang kalau sebut pasal imam adalah mereka yg bertanggungjwb mengepalai solat atau majlis2 tahlil,doa selamat dan lain majlis agama. Tapi, pd aku, kta sbg masyarakat yg berada dalam era kemajuan teknologi serba canggih skang ni kena lebih agresif kalau kita betol2 nk menegakkan Agama Allah ni. Alhamdulillah, medium2 sperti media massa telah digerakkan dgn jayanya melalui siaran Imam Muda, Akademi Al-Quran, Tanyalah Ustaz yang pada aku sememangnya pendekatan yg terbaik utk mendekati dan menyebarkan Risalah Allah dikalangan masyarakat kta. Tapi, ada seperkara yg aku tgk dlam masyarakat kita terutama sekali apabila melibatkan golongan muda atau generasi muda,bila sebut imam,masjid je dorg akan ckp or terbayang golongan org2 yag dah tua, dah beruban je ke masjid atau jadi kaki masjid,jadi wujud jurang pemisah antara dua golongan yang kritikal ni. Sebab apa aku ckap kritikal ialah golongan muda ni dia sgt memerlukan bimbingan dan dorongan drpd golongan tua, dan golongan tua ni perlu kpd golongan muda utk melaksanakan sesuatu atas asbab idea, kekuatan jasmani mereka lebih dan Allah mmg bg kelebihan kpd org muda2 sbb masa dorg panjang lg kalo ikutkan logiknya. Jadi, atas sebab itulah aku terfikir perlunya satu wadah yang memecahkan tanggapan bahawa Imam ni bukan golongan yag terlalu eksklusif sehinggakan golongan muda tidak ada connection dgn mereka ni. Dan, kalo kte tgk di Universiti, bila sebut je Imam yg kadang kala terdiri drpd pelajar sndiri majoriti drpd Mahasiswa akan beranggapan ooh, bdak alim tu, budak tu amik course Usuluddin, atau course2 yang berkaitan dgn Syariah dan sbgnya, tp sedarkah kita ada juga imam di sesuatu kawasan memegang profesion lain seperti Cikgu, pensyarah, Lawyer, Doctor, jurutera, Ahli Fizik, Kimia dan sbgnya. Jd, harus dingat bahawa mana2 pelajar di IPTA atau IPTS akan teruja dan senang terpengaruh dgn kata2 drpd golongan yg berkerjaya professional seperti itu, makna kata dorg respect la. Perghg, dia imam tp rupanya engineer Petronas siot, ataupn ad PHD weh, jgn maen2, nampak!!jd sbg rumusan, aku pn tgh mencari2 apa sebenarnya profession lain Imam2 terkemuka di seluruh dunia, mungkin imam di Masjid2 agung Islam adlah ahli perniagaan berjaya, seorang pengamal ilmu Alam semesta, atau mungkin jg seorg yang hidup dlm keadaan serba kekurangan atau daif, Sebagai contoh imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Saud Al-Shuraim merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Mekah. Jd banyak perkara menarik boleh dirungkai dr seorg imam dalam usaha kita utk memartabatkan golongan Imam yang sudah semestinya menjadi rujukan umat Islam, kerana sebagaimana yang telah sabit dalam Sahih Bukhari dan Muslim, "Tujuh golongan yang Allah akan beri perlindungan kepada mereka pada hari yang tidak ada lindungan selain perlindunganNya adalah Imam yang adil, pemuda yang hidup beribadat kpd Allah SWT...". Dan sebagaimana kita sedia maklum mungkin ramai yang boleh jd imam, tp menjadi imam yang baik bukan semua orang boleh.Semoga Allah beri kekuatan kpd aku utk meneroka profession Imam2 di seluruh dunia dan mendapat rahmat dan limpah kurniaan dr Allah supaya menjadi hambaNya yg lebih bersyukur, InsyaAllah...Kalau boleh nak keluarkan satu siaran dokumentari berkenaan imam seluruh dunia ni,insyaAllah (: